Monday, 7 January 2019

Dari jurutera kini jadi pengusaha 8,000 ikan laga

Ikan laga dahulunya hanya sejenis ikan yang diminati kanak-kanak kerana saiznya yang kecil dan warnanya cantik.

Bagi Mohd Fajiha Alaihis, 27, beliau sangat meminati ikan laga sejak dari kecil sehingga menukarkan hobi tersebut sebagai satu punca pendapatan.
Bermula sebagai seorang jurutera yang membela ikan sebagai hobi, beliau kini seorang penternak ikan laga dan juga usahawan di Kemaman, Terengganu.
“Suatu hari, adik saya telah membeli satu induk ikan laga hiasan yang berkualiti. Saya cuba biakkan sehingga anak pertama ikan laga tersebut berjaya dipasarkan ke Singapura pada harga SG$200 sepasang.
“Dari situ tercetuslah idea untuk menternak ikan laga sebagai satu punca pendapatan,” katanya kepada FMT Ohsem ketika ditemui di MAHA.
Mohd Fajiha memilih menjadi menjual ikan laga kerana tidak berminat untuk berkerja dengan orang.
Katanya, melalui perusahaan ikan laga beliau mampu memperoleh hasil 5 angka berbanding sebagai seorang jurutera dengan gaji RM1500 sebulan.
“Gaji RM1500 jika anda sudah kahwin, tidak cukup untuk menampung isteri dan juga anak di rumah.
“Sebelum saya menjadi usahawan ikan laga, kita perlulah banyak bertanya dengan orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk dapatkan lebih ilmu.
Kini beliau berkongsi kejayaannya dengan orang ramai dan bertindak sebagai salah seorang pengajar ikan laga hiasan atau lebih dikenali sebagai ‘betta fish’.
Bukan itu sahaja, beliau juga mewujudkan satu laman blog Bettamfa.blogspot.com untuk berkongsi informasi tentang penjagaan ikan laga.
Beliau juga merupakan pengerusi Kelab Peminat Ikan Laga Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 dan mempunyai pengikut seramai 46,000 orang di Facebook. Rata-rata pengikut adalah dari Malaysia dan juga luar negara dengan berkongsi minat sama.
“Saya dahulu selepas pulang dari kerja, pasti terus melihat ikan laga di akuarium kerana terpaku dengan kecantikkanya. Kadangkala isteri cemburu kerana saya lebih suka lihat ikan dari isteri.
Sekarang ini, saya dah ada sebuah kedai dan memiliki 8000 ekor ikan laga pelbagai jenis yang dibeli di kedai atau secara online.
5 jenis ikan laga di kedainya, Halmoon, Halfmoon Plakat, Dumbo dan Veil Tail, mendapat permintaan tinggi dari Singapura, Thailand dan banyak negara lagi.
Harga bagi seekor ikan laga dijual mengikut kecantikkan iaitu dari harga RM3 hingga RM100+++.

No comments:

Post a Comment