Wednesday, 30 January 2019

10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif


Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.

Wednesday, 23 January 2019

Cupang Lokal kualitas Ekspor..seharga MOTOR����

Koleksi HMPK terbaru



Alhamdulillah..malam tadi berjaya dalam proses membeli ikan betta hmpk. Rasanya jenis koi. Tak sabar untuk tunggu sampai di rumah.

Harapnya boleh la pula saya biakkan menjadi hasil yang seterusnya.

Tuesday, 22 January 2019

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IKAN LAGA


Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yang dikaitkan dengan ikan ini seperti ikan lawan, ikan karem, ikan pelaga dan pelbagai istilah lagi. Walau apa jua gelarannya, pastinya setiap dari kita mempunyai nostalgia memelihara ikan ini. Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat ikan Laga ini.

Image result for ikan betta bernafas pics


Fakta Satu: Mampu bernafas di dasar dan di atas permukaan air

Tidak seperti kebanyakan ikan yang hanya mampu bernafas dengan mengumpul oksigen daripada air melalui insang. Ikan Laga boleh bernafas di bawah dasar air dan juga di bahagian atas permukaan air. Ikan Laga mempunyai organ yang dipanggil labirin di mana ianya terletak di belakang kepalanya yang mana membolehkan ia menyimpan udara. Jika dilihat ikan Laga akan naik ke permukaan air dan mengambil udara dan kemudiannya berenang kembali ke bawah air dalam masa yang agak lama. Oleh kerana kebolehan ini, untuk memelihara ikan Laga kita tidak memerlukan pam oksigen.

Dalam kehidupan liar, ikan Laga hidup dalam air yang bergerak perlahan dengan jumlah kandungan oksigen yang ideal. Labirin berperanan untuk membantu ikan ini mengumpul oksigen yang mencukupi untuk terus hidup. Walaubagaimanapun ikan Laga itu masih perlu hidup di dalam air sungguh pun ia mampu menyimpan udara dalam tempoh yang lama.
  
Fakta Dua: Ikan Laga Perlukan Protein

Ikan Laga akan memakan hampir apa sahaja makanan yang diberikan oleh anda tetapi sumber protein wajib ada di dalam dietnya. Walaupun anda memberi pelet betta sebagai makanan utama namun sesekali memberi ikan Laga anda makanan hidup seperti cacing tubifex pasti membuatkan ikan laga anda lebih sihat. Berilah makan kepada ikan Laga kesayangan anda secara harian dan pastikan tidak memberi pellet yang berlebihan pada satu-satu masa. Setiap sisa makanan yang tinggal mesti dikeluarkan selepas lima minit. Ikan Laga terdedah kepada sembelit, jadi sesetengah pakar mencadangkan anda biarkan ikan Laga anda berpuasa atau kata lainnya tidak diberi makan untuk satu hari pada setiap seminggu.

Fakta Tiga: Ikan Laga jantan amat menjaga wilayah kawasannya

Apabila anda melawat sebuah kedai akuarium, anda akan melihat bahawa ikan Laga kebiasaanya diletakkan di dalam bekas yang berasingan setiap satunya. Jika anda melihat ikan Laga yang banyak di dalam sesuatu tangki, ia kemungkinan besar adalah ikan-ikan Laga betina. Agak sukar meletakkan ikan Laga jantan dengan ikan Laga yang lain kerana ia amat mengawal ruang wilayahnya dan semestinya ia akan berjuang sehingga ke akhir hayat untuk mempertahankan wilayah tersebut. Namun yang menariknya sifat untuk mempertahankan wilayah ini tidak dilakukan oleh ikan Laga jantan terhadap spesies ikan yang berlainan dengannya.

Fakta Empat: Ikan Laga betina lebih bertolenrasi

Ikan Laga betina juga bersifat untuk memmpertahankan wilayahnya namun sifat ini tidak begitu lama berkekalan dan tidaklah menunjukkan sifat terlalu garang seperti ikan Laga jantan. Oleh kerana sebab ini, anda boleh memelihara beberapa ekor ikan Laga betina di dalam satu tangki. 

Adalah disyorkan bahawa kumpulan ikan Laga betina yang anda ingin pelihara secara bersama itu lebih daripada lima ekor betina dan anda mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu gelen air bagi setiap ekor ikan. Tidak menjadi masalah untuk memperkenalkan dua ekor ikan Laga betina pada masa yang sama. Ia akan menunjukkan sedikit perlakuan agresif di antara tempoh 24 hingga 48 jam sehinggalah ia bertolenrasi untuk menerima kehadiran antara satu sama lain. Pastikan tangki mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan untuk memberi keselesaan dan ruang untuk berehat sekiranya memelihara banyak bilangan ikan Laga betina di dalam satu tangki.

Fakta Kelima : Proses pembiakan yang menarik

Ia menakjubkan untuk menonton aksi antara ikan Laga jantan dan betina sebelum berlaku persenyawaan. Proses pembiakan antara ikan Laga sebenarnya kelihatan seperti pertempuran pada permulaannya kerana ikan Laga jantan dan betina akan berjuang antara satu sama lain untuk berkongsi wilayah yang sama.

Apabila ikan Laga jantan melihat ikan Laga betina yang matang dan sesuai dengannya, ia akan membina sarang di permukaan air yang dibuat daripada gelembung udara yang berlendir dan  bersalut. Pada mula ikan Laga betina diperkenalkan ke dalam tangki , ikan Laga jantan akan menunjukkan aksi sedikit marah danakan mengejar si betina di sekeliling tangki. Ikan Laga betina juga akan mula mempamerkan suar insang dan sirip kerana ia mahu ikan Laga jantan sedikit reda dan tidak mudah untuk mendekatinya. Ikan jantan Laga jantan pula akan menunjukkan pandangan sisinya yang terbaik untuk cuba menarik perhatian ikan Laga betina. Apabila ikan Laga betina itu bersedia untuk mengawan, ia akan sedikit menggulungkan badannya dan akan melepaskan telur. Kemudiannya ikan Laga jantan akan mempersenyawakan telur tersebut.

Fakta Keenam: Ikan Laga jantan adalah pengasuh anaknya

Jarang berlaku ditemui dalam alam semula jadi, si jantan yang bertindak sebagai penjaga anak-anaknya. Ikan Laga jantan akan menghalau ikan Laga betina selepas proses pembiakan. Jadi anda mesti mengasingkan ikan Laga betina ke tangki yang berasingan dengan segera. Ikan Laga jantan kemudiannya mengumpul setiap telur dan akan mengawal rapi telur-telur tersebut. 

Apabila anak ikan menetas, ikan Laga jantan akan menjaga anak-anaknya dan membawa ia kembali ke sarang dalam mulutnya. Ini berlaku apabila anak-anak ikan Laga itu jatuh dan tidak boleh membuat renangan ke permukaan air. Apabila anak-anak ikan Laga telah mula kuat dan mampu berenang bebas, ia adalah masa untuk memindahkan ikan Laga jantan ke tangki yang berasingan kerana ketika itu ia akan mula makan anak sendiri.

Fakta Tujuh: Ikan Laga suka melompat

Apa sahaja bekas tangki yang anda gunakan untuk memelihara ikan Laga, pastikan ia mempunyai penutup yang selamat. Ikan Laga suka melompat keluar dari air dan ini pasti memberi pengakhiran yang menyedihkan sekiranya anda tidak menyedarinya. Disebabkan itu pastikan bekas tangki yang menyimpan ikan Laga perlu sentiasa ditutup.

Fakta Lapan: Terdapat pelbagai variati ikan Laga

Penternak hobi ini telah menghasilkan pelbagai mutasi ikan Laga untuk mewujudkan pelbagai variati termasuklah dari segi bentuk badan, warna yang luar biasa, corak, yang berbeza dan jenis sirip yang pelbagai. Mutasi terkini memperlihatkan sesetengah ikan Laga mempunyai corak bertompok manakala terdapat juga yang mempunyai corak marmar pada badan dan siripnya. Ada juga yang mempunyai sisik naga yang dilapisi dengan warna putih, tembaga atau platinum. Terdapat ikan Laga dengan ekor seperti sebuah mahkota, ekor seperti separuh bulan dan juga ekor berganda.

Fakta Sembilan: Umur ikan Laga adalah tidak lama

Jika anda mempunyai ikan Laga pastikan ia mempunyai makanan yang berkualiti tinggi, air yang bersih dan rawatan sekiranya ia sakit. Ikan Laga hanya mampu hidup kira-kira dua hingga tiga tahun secara purata. Di dalam keadaan optimum, ikan Laga boleh hidup selama lima tahun. Hargai ikan Laga anda dan jagalah dengan sebaik mungkin supaya hayatnya mampu mencecah selama yang mungkin.


Monday, 7 January 2019

Dari jurutera kini jadi pengusaha 8,000 ikan laga

Ikan laga dahulunya hanya sejenis ikan yang diminati kanak-kanak kerana saiznya yang kecil dan warnanya cantik.

Bagi Mohd Fajiha Alaihis, 27, beliau sangat meminati ikan laga sejak dari kecil sehingga menukarkan hobi tersebut sebagai satu punca pendapatan.
Bermula sebagai seorang jurutera yang membela ikan sebagai hobi, beliau kini seorang penternak ikan laga dan juga usahawan di Kemaman, Terengganu.
“Suatu hari, adik saya telah membeli satu induk ikan laga hiasan yang berkualiti. Saya cuba biakkan sehingga anak pertama ikan laga tersebut berjaya dipasarkan ke Singapura pada harga SG$200 sepasang.
“Dari situ tercetuslah idea untuk menternak ikan laga sebagai satu punca pendapatan,” katanya kepada FMT Ohsem ketika ditemui di MAHA.
Mohd Fajiha memilih menjadi menjual ikan laga kerana tidak berminat untuk berkerja dengan orang.
Katanya, melalui perusahaan ikan laga beliau mampu memperoleh hasil 5 angka berbanding sebagai seorang jurutera dengan gaji RM1500 sebulan.
“Gaji RM1500 jika anda sudah kahwin, tidak cukup untuk menampung isteri dan juga anak di rumah.
“Sebelum saya menjadi usahawan ikan laga, kita perlulah banyak bertanya dengan orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk dapatkan lebih ilmu.
Kini beliau berkongsi kejayaannya dengan orang ramai dan bertindak sebagai salah seorang pengajar ikan laga hiasan atau lebih dikenali sebagai ‘betta fish’.
Bukan itu sahaja, beliau juga mewujudkan satu laman blog Bettamfa.blogspot.com untuk berkongsi informasi tentang penjagaan ikan laga.
Beliau juga merupakan pengerusi Kelab Peminat Ikan Laga Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 dan mempunyai pengikut seramai 46,000 orang di Facebook. Rata-rata pengikut adalah dari Malaysia dan juga luar negara dengan berkongsi minat sama.
“Saya dahulu selepas pulang dari kerja, pasti terus melihat ikan laga di akuarium kerana terpaku dengan kecantikkanya. Kadangkala isteri cemburu kerana saya lebih suka lihat ikan dari isteri.
Sekarang ini, saya dah ada sebuah kedai dan memiliki 8000 ekor ikan laga pelbagai jenis yang dibeli di kedai atau secara online.
5 jenis ikan laga di kedainya, Halmoon, Halfmoon Plakat, Dumbo dan Veil Tail, mendapat permintaan tinggi dari Singapura, Thailand dan banyak negara lagi.
Harga bagi seekor ikan laga dijual mengikut kecantikkan iaitu dari harga RM3 hingga RM100+++.

Wednesday, 2 January 2019

Most Beautiful Betta Fish in The World | Never Seen Before#1

Khasiat Daun Ketapang



Nama Botani : Terminalia Catappa L.
Famili : Combretaceae

Pengenalan

Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai berpasir. Pokok ini juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah. Ia ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas. Pokok ketapang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. 

Daunnya bersaiz lebar, berselang seli dan dahan bertingkat (rujuk foto) mengikut usia pokok. Bunganya sangat kecil dan keluar secara berjambak. Buah ketapang berbentuk bujur dan leper berwarna hijau ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis. Pokok ketapang membiak melalui biji benih yang mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut. 

Ia juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.Pokok ketapang sejenis pokok rendang yang mempunyai daun yang lebar. Oleh itu ia amat digemari sebagai tempat berteduh. Kebanyakkan peniaga peniaga suka berteduh di bawah pokok ketapang ini kerana dapat mengurangkan panas ketika berniaga.

Kegunaan

Pokok ketapang banyak ditanam sebagai penghias landskap atau pokok teduhan. Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.

Daun, kulit pokok, buah dan akar pokok ketapang digunakan dalam proses mewarna dan menghasilkan dakwat hitam. Biji buahnya boleh dimakan untuk melawaskan pembuangan air besar tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit birit. Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. 

Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Daun ketapang dilayur di atas api dan ditampal pada sendi dikatakan boleh merawat reumatik. Kulit pokok dan akar ketapang direbus dan diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim. Air rebusan tersebut disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.


Gambar rajah diatas menunjukkan daun ketapang yang kering.

Kelebihan daun ketapang untuk ikan laga

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.

Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin.

Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Kebaikan / khasiat daun ketapang untuk ikan laga


  • Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  • Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  • Merawat luka-luka pada ikan laga
  • Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  • Mengoptimum kesihatan ikan laga
  • Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  • Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
  • Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  • Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  • Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
  • Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  • Mengurangkan stres/murung ikan laga . Contoh yg dimaksudkan stress , ikan duduk senyap tanpa pergerakkan.
  • Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga

Cara Penggunaan:



Ambil sekeping daun ketapang yang KERING letakkan ke dalam bekas/akuarium 
Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit
Ditukar 1-2 mggu sekali


Gambarajah diatas menunjukkan contoh daun ketapang . berminat boleh hubungi.


Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - Betta Mfa

sumber: http://bettamfa.blogspot.com/2014/11/khasiat-daun-ketapang.html

Wajib Tahu!! 3 Manfaat Dahsyat Daun Ketapang Untuk Kesehatan Tubuh dan Ikan

Tuesday, 1 January 2019

Cara-cara Membiakkan Ikan Laga

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.
Betina

Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. 

Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. 
Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. 

Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. 

Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. 
Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. 
Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.
Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. 

Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.

Cara/Kaedah lengkap biak ikan laga @ betta 100% berjaya